Testimoni Pengguna
Testimoni ini bukan rekaan semata-mata. ianya diambil 100% dari
email yang telah kami terima dan dari testimoni secara temubual
daripada pelanggan tanpa melakukan sebarang pengubahsuaian atau
penambahan.
KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
PENGALAMAN MENGGUNAKAN UBAT MATA PERMATA HIJRAH
---------------------------------------------------------------------------------
Saya Fazilah bt Razali ingin berkongsi pengalaman ibu saya Fatimah bt Othman bagaimana beliau menggunakan ubat mata permata hijrah sehingga sekarang.
Pada 25/10/2007 saya telah membawa ibu saya ke Hospital Besar Kuala Lumpur kerana beliau ada temujanji dengan doktor mata. Dari ujian tersebut doktor mengesahkan bahawa ibu saya kena membuat pembedahan mata kerana di dapati mata beliau disahkan ada katarak.
Ibu saya enggan menjalankan pembedahan tersebut kerana beliau takut memandangkan beliau juga menghadapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Setelah dinasihati oleh saya beliau bersetuju untuk menjalankan pembedahan tetapi bukan dalam masa yang terdekat.
Dalam tempoh menunggu untuk ibu saya membuat keputusan kebetulan pada bulan Februari 2008 di Menara TM di mana tempat saya bekerja ada menjalankan pelbagai jualan dan saya tertarik dengan salah satu jualan iaitu berkenaan dengan UBAT MATA PERMATA HIJRAH yang dibuat dari air zam-zam, setelah mendapat penerangan yang sejelas-jelasnya dari ustaz dan pekerja-pekerjanya saya bersetuju membeli ubat mata permata hijrah walaupun pada mulanya saya kurang mempercayainya tapi disebabkan keinginan ingin mencuba dan berusaha untuk merawat mata ibu saya maka saya menasihati ibu saya supaya menggunakan ubat tersebut.
Pada 16/04/2008 sekali lagi saya telah membawa ibu saya ke cawangan klinik kerajaan di Plaza Pantai untuk membuat pemeriksaan mata. Alhamdullilah doktor mendapati mata ibu saya tiada katarak dan tidak perlu menjalani pembedahan.
Fazilah bt Razali
Jalan Pantai Baharu 59200 Kuala Lumpur
Tel : 03-22400787 (Pejabat) / 017-2830426
