Testimoni Pengguna
Testimoni ini bukan rekaan semata-mata. ianya diambil 100% dari
email yang telah kami terima dan dari testimoni secara temubual
daripada pelanggan tanpa melakukan sebarang pengubahsuaian atau
penambahan.
Abdul Hamid bin Jaafar
No 29 Lorong Raksa 1
Taman Bukit Kuda 41300
Klang Selangor
H/p NO: 019-2098257
Ucapan salam kepada Ustaz Mohd Ali Permata Hijrah Kelantan Darul Naim.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam yang telah menjadikan dunia ini dengan sempurna. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallah ?alaihi wasallam.
Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada ustaz dan rakan-rakannya diatas keperihatinan mereka dalam menghasilkan produk Permata Hijrah yang bermutu lagi amat menakjubkan. Tak lain dan tak bukan semata-mata untuk menolong umat manusia yang mengalami masalah yang berkaitan dengan mata.
Saya mempunyai seorang anak perempuan yang mengalami masalah mata sejak dari lahir lagi dimana mata kanannya sentiasa berair dan kerapkali menangis. Untuk makluman, saya ada mendapatkan ubat mata dari klinik tetapi hasilnya hanya dapat bertahan saja. Ketika usianya 6 bulan saya telah dinasihatkan oleh doktor biasa supaya anak saya dibawa ke Hospital Pakar Mata Tun Hussin Onn di Petaling Jaya bagi memeriksa apakah punca penyakit mata anak saya kerana ketika itu mata kanannya ada selaput putih telah menutupi mata hitamnya. Manakala saiz matanya juga tidak normal (seperti mata kiri- saiznya agak lebih besar). Apabila diperiksa doktor memberitahu bahawa anak saya telah mengidap penyakit glukoma dan perlu menjalani pembedahan dengan seberapa segera. Fikiran saya mula tidak tenang bila mengetahui akan keadaan anak saya diketika itu. Kos pembedahan dijangka mencecah RM 4000 kerana mata kirinya juga perlu dibedah.
Di usianya 8 bulan mata anak saya telah selamat dibedah. Doktor mengatakan mata anak saya telah baik dan dapat melihat seperti biasa. Saya amat gembira dengan berita yang diberitahu oleh doktor pakar itu. Apa yang saya harapkan rupanya tidak bertahan lama. Diketika usia anak saya mencecah 7 tahun dia mengadu pada saya yang mata kanannya tidak nampak manakala mata kirinya pula kabur. Perasaan saya mulai gelisah bila memikirkan keadaan anak saya diketika itu lalu membawanya ke kedai pemeriksaan mata. Setelah diperiksa kedua-dua matanya, pemilik kedai cermin mata itu memberitahu bahawa mata kanan anak saya memang telah rosak dan tidak boleh melihat apa-apa objek mahupun cahaya. Manakala mata kirinya pula powernya terlalu tinggi melebihi 400++. Saya dan isteri amat sedih dengan keadaan anak saya diketika itu, bermacam-amacam cara rawatan telah saya lakukan termasuklah menitis air zam-zam, membuat air tawar disamping berdoa memohon kebaikan dari Allah. Namun hasilnya tetap sama tidak berubah.
Suatu hari saya terbaca akan khasiat cecair Permata Hijrah didalam akhbar Harakah serta pengakuan testimoni dari pesakit yang telah pulih dari masalah mata apabila menggunakan cecair Permata Hijrah. Pada bulan Ogos 2008 saya telah membawa anak saya ke Stadium Melawati Shah Alam yang mana ketika itu ada sesi rawatan dan penerangan percuma dari Staff Permata Hijrah. Saya begitu berkeyakinan bahawa produk Permata Hijrah insyaAllah akan menyembuhkan mata anak saya. Apabila selesai menjalani rawatan dan penerangan dari staff Permata Hijrah tanpa ragu dan bimbang saya terus membeli set percubaan Permata Hijrah iaitu toner mata RM 59.90, spray mata RM 189.90 dan mesin getaran urut urat mata RM 120.00.
Alhamdulillah, selepas dua minggu anak saya menggunakan toner Permata Hijrah sungguh menakjubkan sekali dimana mata kirinya semakin jelas manakala mata kanannya pula sudah boleh nampak objek besar dan cahaya. Saya dan isteri benar-benar terharu dengan anugerah dari Tuhan yang telah memberi kebaikan pada mata anak saya. Dua bulan selepas itu saya membawa anak saya untuk diperiksa tahap penglihatannya dikedai cermin mata dan alangkah gembiranya saya bila pemilik kedai itu mengatakan yang tahap penglihatan anak saya disebelah kiri semakin baik dan boleh melihat objek yang lebih kecil dan lebih jauh dari sebelumnya manakala mata kanannya pula boleh melihat objek yang lebih kecil dari yang sebelumnya. Mulai hari itu saya bertambah yakin dengan toner Permata Hijrah. Untuk rawatan seterusnya saya cuba pula membeli toner mata Permata Hijrah yang harganya RM 599.00 dari Ustaz sendiri melalui order poslaju dari Kelantan. Hingga kini mata anak saya semakin hari semakin jelas penglihatannya dan saya bersyukur pada Allah diatas rahmatNya yang telah memulihkan anak saya.
Akhir sekali saya mendoakan Ustaz Mohd Ali dan rakan-rakannya dalam Permata Hijrah agar terus mengeluarkan produk yang bermutu ini bagi menolong insan-insan yang amat memerlukan. Harapan saya juga moga syarikat ustaz sentiasa maju dari masa ke semasa. InsyaAllah amiin?.
