Testimoni Pengguna
Testimoni ini bukan rekaan semata-mata. ianya diambil 100% dari
email yang telah kami terima dan dari testimoni secara temubual
daripada pelanggan tanpa melakukan sebarang pengubahsuaian atau
penambahan.
Assalamualaikum W.B.T..
Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengenai produk keluaran syarikat Permata Hijrah ini. Saya telah menggunakan Toner Mata Permata Hijrah selama sebulan dan telah nampak perubahannya.
Saya telah menggunakan cermin mata selama 13 tahun kerana rabun jauh yang kronik. Power kaca mata saya hampir mencecah 600. Masalah mata saya menjadi semakin teruk apabila saya mula mengalami ?Retina Detachment? pada mata kiri sejak 3 tahun yang lepas.
Atas sebab itu, saya terpaksa menjalani 2 pembedahan ?major? pada mata kiri saya. Atas usul rakan-rakan, saya telah menjalani pembedahan dan mendapatkan rawatan di Hospital Mata Tun Hussien Onn. Pakar mata yang telah menjalankan pembedahan mata saya adalah antara pakar mata (retina) yang terkenal di seluruh dunia, Dr. Paul Singh.
Saya banyak berhabis untuk merawat mata kiri saya. Namun, nasib masih tidak menyebelahi saya. Semenjak itu, penglihatan mata kiri saya menjadi semakin teruk. Mata kiri saya langsung tidak dapat melihat. Penglihatan saya menjadi gelap. Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, saya merujuk semula pada pakar yang merawat. Pakar mata tersebut mengatakan keadaan itu terjadi akibat ?multiple operation?. Keadaan itu merupakan kesan sampingan dari dua operasi yang saya jalani.
Tertekan dengan keadaan itu, saya mula mencuba pelbagai produk mata untuk mengubati masalah mata ini. Kemudian, saya bagai sudah jatuh di timpa tangga. Saya mengalami katarak pula. Saya terpaksa bergantung kepada pelbagai ubat-ubatan. Saya telah banyak berhabis untuk keselesaan mata saya. Sehinggalah suatu hari, adik saya memperkenalkan Toner Mata Permata Hijrah. Saya pada mulanya keberatan untuk menggunakannya. Pada fikiran saya, sedangkan ubat-ubatan yang mahal dan yang diimport dari luar negara pun tidak mampu untuk mengubati penyakit saya. Inikan pula ubat mata buatan tempatan. Tetapi setelah didesak beberapa kali dan melihat perubahan yang dialami oleh adik saya, saya mula mempercayainya. Saya pun mula mencubanya sebulan yang lalu.
Penglihatan mata saya semakin pulih. Daripada kelam, saya mula dapat melihat bayang-bayang. Saya berasa semakin gembira kerana melihatkan ada perubahan walaupun sedikit. Saya bersyukur kerana atas desakan adik saya dan keluarga, saya mencubanya walaupun ragu-ragu. Saya gembira dengan peningkatan mata saya. Alhamdulillah saya semakinpulih dan saya akan terus menggunakan Toner Mata Permata Hijrah ini untuk melihat perubahan yang lebih lagi.
Alhamdulillah, saya sudah mula yakin dengan produk ini dan akan terus mengesyorkan kepada sesiapa sahaja yang mengalami masalah mata seperti saya. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana mentakdirkan keajaiban ini dalama hidup saya. Alhamdulillah...
Saiful Hamiruzzaman Bin Mohammad Hazir
Bayu Tasik Condo 1, Bdr Sri Permaisuri, 56000, Cheras
